Posts

Apa itu Dadah

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emos

Cara mengatasi penyalahgunaan dadah

Image
CARA-CARA UNTUK MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH ·         Menjalankan gaya hidup sihat; ·         Mengadakan kempen kesedaran; ·         Memperketatkan tidankan undang-undang .    Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.           Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi s