Cara mengatasi penyalahgunaan dadah



CARA-CARA UNTUK MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH


  • ·        Menjalankan gaya hidup sihat;
  • ·        Mengadakan kempen kesedaran;
  • ·        Memperketatkan tidankan undang-undang

.
   Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
       

  Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah. Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.






Kesimpulan

  Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.





Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.
  Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sejagat dan harus dibendung dengan segera terutamanya dalam kalangan belia. Golongan yang dianggap sebagai pemimpin pada masa depan lebih banyk cenderung kepada gejala ini. Masalah ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kepimpinan negara akan mundur. Telah timbul pelbagai persepsi bahawa negara ini telah gagal mengurus kan masalah penagihan dadah akibat peningkatan jumlah penagih dari tahun ke tahun. Oleh itu hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan sedai ada amat dialu-alukan.

Semua pihak diseru agar sudah sampai masanya agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi menangani isu berkaitan dadah perlu bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah. Selain itu hasrat Malaysia untuk menjadi Negara bebas dadah 2015 akan berjaya jika di usahakan oleh seluruh rakyat Malaysia.















Popular posts from this blog

Kesan Kesan Penyalahgunaan Dadah

Jenis jenis Dadah